CareNights adalah program sokongan petang untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 14 tahun dari 6 petang hingga 10 malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Program ini selari dengan peningkatan dan perkembangan sosial serta psikologi kanak-kanak. Makan malam disediakan.
CareNights dimulakan pada tahun 2016 untuk menyokong keluarga dengan anak-anak yang kurang sokongan di rumah melalui pencegahan dan intervensi awal.
Dengan bimbingan fasilitator dan sukarelawan kami, anak-anak melalui kurikulum berasaskan nilai dan kemahiran di tempat yang selamat untuk meningkatkan perkembangan sosial dan emosi mereka. Melalui Struktur, Sokongan dan Interaksi Sosial (3S) di tempat yang selamat, kanak-kanak dapat mengimbangi emosi mereka dengan lebih baik, temui kekuatan mereka dan membina kemahiran hidup yang sihat untuk memperkuatkan pertumbuhan peribadi mereka dan memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada masyarakat.
CareNights juga bekerjasama dengan ibu bapa untuk memahami cabaran mereka dan memberikan sokongan. Selain sesi bulanan ikatan ibu bapa dan anak, kami meningkatkan kemahiran keibubapaan mereka melalui bengkel latihan dan kaunseling.
CareNights menyediakan penjagaan sementara untuk menyokong ibu bapa dan pengasuh yang perlu mengikuti kursus peningkatan, bekerja lebih masa/ syif, menguruskan keadaan keluarga yang mencabar untuk meningkatkan pergerakan sosial dan kewangan mereka.
Ia ditawarkan kepada ibu bapa yang pendapatan gabungan hingga $4,500 (gross, atau per kapita hingga $1,125). Ibu bapa dan pengasuh yang berminat juga boleh mengisi boring dibawah untuk mendaftar.