Triple P Tahap 2 – Sekolah Rendah

Triple P

 

« Back to Triple P

 

Ucapan terimakasih kita kepada penyelidik saintifik yang telah berterusan menyelidik dengan teliti, berdekad lamanya sehinggakan Triple P – Program Keibubapaan Positif dianggap sebagai salah satu program keibubapaan yang paling berkesan di dunia. Triple P diiktirafkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai progam keibubapaan Nombor#1 yang telah diselidik dan terbukti di dunia. Triple P berkesan kepada kebanyakan keluarga dari berbilang budaya, negara dan keluarga yang berada didalam berbagai situasi. Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga mendapati bahawa ibu bapa yang telah menghadiri Triple P merasa lebih yakin dalam menangani isu keibubapaan mereka, mempunyai tahap tekanan keibubapaan yang lebih rendah dan mampu mengurangkan permasalahan tingkah laku anak-anak (Sumber).

 

Triple P – Program Keibubapaan Positif menawarkan strategi yang mudah dan praktikal untuk membantu ibu bapa menguruskan tingkah laku anak-anak dengan penuh keyakinan, mencegah masalah dari berlarutan dan membina hubungan keluarga yang kukuh dan sihat.

 

Webinar dikendalikan melalui talian Zoom

 

Webinar Topik Tarikh
1 Kekuatan Keibubapaan Yang Positif Sabtu, 5 Mac 2022
9.30 am – 10.30 am
2 Meningkatkan Keyakinan Diri Dan Kecekapan Anak-Anak Sabtu, 12 Mac 2022
9.30 am – 10.30 am
3 Membentuk Kanak-Kanak Yang Berdaya Tahan / Kukuh Sabtu, 19 Mac 2022
9.30 am – 10.30 am

 

Webinar 1: Kekuatan Keibubapaan Yang Positif

Pelajari cara menghasilkan persekitaran pembelajaran yang tenang, selesa dan selamat untuk anak-anak, mengamalkan disiplin tegas dan tetapkan jangkaan yang realistik.

 

Webinar 2: Meningkatkan Keyakinan Diri Dan Kecekapan Anak-Anak

Berdasarkan keibubapaan positif, pelajari cara untuk mengajar anak anda nilai dan kemahiran penting seperti bergaul dengan orang lain, menyelesaikan masalah, berjaya di sekolah dan seterusnya.

 

Webinar 3: Membentuk Kanak-Kanak Yang Berdaya Tahan / Kukuh

Kaji cara untuk melatih anak anda dalam kemahiran mengawal emosi, seperti menangani dan meluahkan perasaan mereka, menangani situasi yang menyedihkan atau merasa tertekan dan membina pandangan yang positif.

 

*Peserta-peserta yang menghadiri sekurang-kurangnya dua webinar, akan menerima satu set bahan-bahan Triple P International. Sila isi borang talian dan terterakan alamat rumah anda.

 

Mengenai Penceramah:

Encik Ahmad Taufiq Muhammad adalah seorang penceramah berpengalaman selama 20 tahun yang selalu memberi inspirasi dan motivasi kepada orang-orang disekelilingnya. Beliau giat bekerja dengan kanak-kanak, belia dan keluarga dari berbilang kaum dan bangsa. Beliau telah membantu keluarga memahami anak-anak mereka dan berkomunikasi dengan lebih baik antara satu sama lain. Encik Taufiq telah menyokong ramai ibu bapa dalam perjalanan keibubapaan mereka. Seorang pengamal Triple P yang bertauliah, beliau mesra dan ekspresif dalam mengendalikan fasilitasinya. Beliau telah memperolehi maklum balas yang positif dari para peserta yang menghadiri programnya. Para peserta menyatakan bahawa mereka telah dapat meraih informasi dan ilmu yang bermanfaat, relevan dan pratikal untuk digunakan bagi mengatasi isu-isu keibubapaan mereka.

 

PERCUMA

Webinar bersiri Triple P – Program Keibubapaan Positif Tahap 2 kini percuma, disubsidi sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

 

Pendaftaran ditutup pada 4 Mac 2022

 

 

Pendaftaran

 

Pendaftaran ditutup. Terima kasih!